h1

Buat-buat lupa pulak Pak Liar…

Disember 14, 2007

Penahanan 5 orang pemimpin Hindraf pada 13hb September 2007 dibawah Seksyen 8 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri menjadi tajuk hangat media hari ini. Mereka boleh ditahan tanpa bicara selama mana Penguasa inginkan.

Yang menandatangani dokumen penahanan mereka tidak lain tak bukan  adalah Pak Liar. Bagi mereka mana-mana perhimpunan yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap cara, gaya atau hasil pemerintahan penguasa akan dianggap perhimpunan haram. Manakala perhimpunan mat-mat rempit, budak-budak punk, kaki-kaki arak, disko-disko tak berlesen, kasino-kasino haram atau yang selari dengan Pemuda BN akan diberi ‘nasihat’ sahaja.

Keras sekali bunyinya Pak Liar kita sekarang. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom memberitahu, “Tidak kira sama ada Hindraf atau mana-mana perhimpunan haram… Perdana Menteri sudah arahkan polis tahan sesiapa saja yang dikenal pasti menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam ditahan di bawah ISA.”

Saya bersetuju sangat dengan komen Anuar UR. Tangkapan bukan remedi. Dan Pak Liar dah buat-buat lupa pulak. Biasala tu. Nak duduk lama di kerusi PM kena jadi penipu. Tak kan dia tak ingat, tahun 1988 Pak Liar pernah menyebut, “Sekiranya kita mahu menyelamatkan Malaysia dan UMNO, Dr, Mahathir mesti ditolak. Dia menggunakan Akta Kejam seperti ISA untuk memadamkan kritik kepadanya.”. Pada tahu 1987, Pak Liar sendiri pernah berkata, “Undang-undang seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri tiada tempat dalam kedudukan Malaysia moden. Ianya undang-undang kejam dan ketinggalan zaman.”.

h1

Retorik dan Realiti Projek Angkasa Malaysia

Oktober 23, 2007

20071024-02.jpgTahniah diucapkan kepada Abang Sheikh Muzaffar kita kerana selamat pulang ke bumi. Selepas menjalani pemeriksaan kesihatan pasca angkasa, beliau akan pulang ke Malaysia. Kepulangan beliau ke Malaysia pasti akan dirai oleh pembesar-pembesar kita dengan program yang mengambarkan Malaysia telah berjaya dalam penjelajahan angkasa. Malaysia Boleh.

Memang mudah. Agensi Angkasa Malaysia (ANGKASA) mempunyai visi yang cukup mudah..Memanfaatkan Angkasa sebagai wadah Penjanaan Ilmu, kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat . Itu saja. Oops ada lagi, kita ada BAKSA.. Balai Cerap Planeterium Negara. Kita boleh cerap apa sahaja yang ada pada Orbit. Dengan pulangnya Abang Sheikh maka lengkaplah Program Angkasa Negara. Rakyat Malaysia sudah mampu sampai ke Angkasa.

Mungkin Malaysia lebih bijak daripada Negara lain. Bagi kita dengan menghantar angkasawan menumpang spacecraft orang lain merupakan faktor penting dalam Visi Angkasa Negara. Tidak seperti negara lain. Saya ambil contoh Negara China. Mereka mempunyai masaalah yang cukup banyak untuk menghantar angkasawan mereka ke Angkasa. Walaupun Program Angkasa  di Negara China bermula seawal tahun 1956 lagi, mereka hanya mampu untuk menghantar angkasawan pertama mereka, Yang LiWei ke Orbit pada tahun 2003. Disebalik kelembapan mereka menghantar angkasawan mereka, China kini telah mempunyai Beijing University of Aeronautics and Astronautics.

Baca baki entri ini »

h1

Malaysia Cemerlang dalam Jenayah

September 30, 2007

Barangkali perkataan ‘Cemerlang’ perlu disaring oleh pentadbir kerajaan. Saya pernah ke Negara Matahari terbit. Pada suatu hari, saya teringin untuk ke bandar Yokaichi. Dengan mengayuh basikal yang dipinjamkan oleh majikan saya ke pekan Kameyama. Sampai sahaja di stesyen keretapi, saya memarkir basikal saya di kawasan letak basikal dan oleh kerana terlalu excited saya terlupa untuk mengenalpasti betul-betul tempat letak basikal saya.
Dari sini saya mengambil keretapi ke bandar Yokaichi. Pulang sahaja saya dari bandar Yokaichi, saya cuba mencari basikal saya. Alamak ! Terlalu banyak yang sama bentuk dan warna. Saya tak dapat mengesan basikal saya di mana.

Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membuat laporan Polis di Balai Polis Kameyama. Terkejut saya bila melihat balai polis mereka. Bandar yang sebesar Shah Alam hanya mempunyai 3 orang pegawai yang bertugas dan saiz balai polis hanya sebesar pos pengawal keselamatan di kilang-kilang di Malaysia. Ini jelas mengambarkan kadar jenayah di negara maju amat rendah.

Baca baki entri ini »

h1

AAB = Mahmoud Abbas

September 29, 2007

20070930-01.jpg“Saya percaya Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan berjaya mengatasi masalah dalamannya itu dan menjadi Presiden yang dapat menguasai bumi Palestin,” kata AAB kepada wartawan Malaysia di akhir kunjungannya ke New York untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di sini.

Jelas kata-kata yang menunjukkan AAB selaku Pengerusi OIC sangat berkehendakkan Mahmoud Abas dan Fatah untuk menguasai Palestin dan menunjukkan kesilapan perpecahan Tebing Barat dan Gaza kepada Hamas.

Baca baki entri ini »

h1

Jangan membazir makanan dan minuman… Tolonglah

September 29, 2007

Kawan-kawan, harap ianyanya bukan kejutan untuk saudara. Tetapi ianya adalah kenyataan yang ada pada hari ini. Sekiranya ia berlaku di dalam kawasan kejiranan anda, perlulah kita menghulur tangan kepada mereka yang memerlukan.

Bersyukurlah kepada Allah SWT kerana makanan dan minuman yang sentiasa tak putus bekalan buat diri dan keluarga kita.

Anak-anak kita tidak seperti ini:

20070929-1.jpg

Baca baki entri ini »

h1

Be EXTRA… EXTRA Careful…

September 29, 2007

CASE 1: SHAH ALAM

After shopping in ‘Macro’ Shah Alam, a couple was pushing their trolley to their Pajero.  The husband went ahead first to get their Pajero.  He reversed the vehicle to where his wife was standing and came out to help the wife load their purchases at the back.  While doing so, a guy quickly rushed into the vehicle and drove it off.  We saw the wife shouting and running after their vehicle whilst the husband just froze from shock.  Shortly after regaining his senses, he too joined his wife in chasing after his vehicle but finally had to give up because the Pajero had sped off. They reported the incident to Macro’s security but there was nothing much they could do.

CASE 2: TAMAN TUN DR ISMAIL

For your safety, have a look at this danger point when stopping at petrol stations.  A couple in a Honda Civic stopped by a shop in TTDI.  The husband went down to buy a packet of cigarettes at the counter. Baca baki entri ini »

h1

Selamat Datang ke Menuju Mati

September 28, 2007

Weblog ini akan menuju ke arah kematian satu hari nanti. Sebelum ianya mati, saya ingin berkongsi dengan pengunjung pengalaman, bahan, rujukan dan lain-lain lagi yang saya fikirkan mempunyai faedah bersama.

“Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya,”

Al Insyiqaaq ayat 6

TIK, TOK, TIK, TOK, TIK, TOK, TIK, TOK, TIK, TOK……….

Selamat.

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.